Sekolah Penulisan Ramadan 1441H

Sekolah Penulisan Ramadan bermula dari 8 Mei sehingga 23 Mei 2020.

Siapa yang akan memberikan panduan praktikal menulis biar sampai menjadi?

Mereka adalah pengamal dalam bidang masing-masing?

Seramai 15 orang pembentang dan 17 topik untuk anda menguasai kemahiran menulis biar sampai menjadi.

Mereka hidup menggunakan kemahiran ini.

Kali ini mereka membantu sejumlah besar penulis seperti anda bagi mencapai gol peribadi.

• Bahruddin Bekri, penulis novel di PTS. Sudah menulis 25 buah karya solo, 18 karya bersama dan empat daripadanya buku bukan fiksyen

• Mahanom Mohammad, orang bisnes yang aktif menulis, Ahli Lembaga Pengarah Emartech Resources Sdn Bhd

• Azzah Abdul Rahman, jurulatih bertauliah Bahasa Melayu Tinggi dan Penulisan Novel Teknik Surah Yusuf

• Izwan Wahab, pengasas kandungan bahasa Melayu yang besar berkaitan perniagaan, iaitu Nota Bisnes, Jurutera Kanan Myparcel Asia.

• Ahmad Saifuddin Yusof, penggerak dalam Projek Tafsir Al Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Pasukan Psikologi Hadith

• Puan Mazniza Mohd Nor, Editor Perolehan Must Read

• Puan Sayidah Mu’izzah, pengasas, penulis, pelukis, editor di Legasi Oakheart

• Hafiz Latiff, pengasas Rimau Rights Literary Agency, Legasi Oakheart dan Kuras Buku

• Mohd Mohd Zaidi Ismail, penulis dan Ketua Unit Grafik PTS

• Nur Aliah Mohd Nor, penulis, CEO di Chettaki Omey dan social media influencer

• Sayed Munawar, pengacara rancangan bual bicara RTM dan mantan CEO Perbadanan Kota Buku

• Iera Yusoff, penulis siluman (ghostwriter) dan Pengarah Urusan Sonique Artscape

• Azree Hanifiah, mantan Ketua Penerbitan Digital PTS, Trainer dan penulis topik digital marketing untuk sifoodotcom, mengurus pemasaran dan pengiklanan – Seroja Media.

• Yusry Yusopp, Penasihat Bisnes GrowthWheel di CEDAR, SME Bank

• Zamri Mohamad, pengasas kursuspenulisan.com, penulis 30 buah buku rentas kategori.

Senarai semua topik boleh klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *