Profil

Ahmad Saifuddin bin Yusof dilahirkan di daerah Besut, Terengganu. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, Besut Terengganu. Selanjutnya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Saniah, Pasir Puteh, Kelantan atau sekarang dikenali dengan Maahad Saniah.

Selepas mendapat keputusan SPM, bermulalah kembara ilmu di universiti berprestij di Malaysia, Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan Al-Quran dan Hadith. Graduasi pada Ogos 2005.

Sempat bertugas di beberapa institusi sebagai pengalaman awal dalam pentadbiran dan pendidikan. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat sarjana sehingga graduasi pada Oktober 2012 dalam bidang Sarjana Usuluddin pengkhususan Metodologi Hadith.

Bertugas di beberapa institusi pendidikan sama ada swasta atau kerajaan antara tahun 2011 hingga 2017.

Kemudian bertugas di sebuah syarikat latihan dan konsultasi Akademi Sinergi Ikhlas sebagai Consultant dan Trainer.

Sekarang, menjalankan Projek Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sepenuh masa.

Bermula 2012, serius menjalankan kajian terhadap hadith dan sirah untuk membuat penyelidikan dari aspek aplikasi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, komunikasi, kepimpinan dan perniagaan.

Berikut beberapa seminar dan training yang pernah dijalankan :

  1. Karakter Nabi Muhammad SAW
  2. Kepimpinan Nabi Muhammad SAW
  3. Strategi Hijrah Nabi Muhammad SAW
  4. Komunikasi Nabi Muhammad SAW
  5. Pendidikan Nabi Muhammad Untuk Anak-anak
  6. Strategi Perang Badar Untuk Kehidupan
  7. Communication For Leaders
  8. Meeting & Brainstorming Rasulullah SAW
  9. Decision Making Dari Sirah : Prinsip & Aplikasi
  10. Art of Negotiation Rasulullah SAW
  11. Problem Solving Melalui Design Thinking Rasulullah SAW

Aktiviti Kebajikan

Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Alim Rabbani (PPM-014-10-11072019)

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (PPM-009-14-08042019)