Nota Serius Hadith & Sirah

RM30.00

Category:

What’s on your mind?

Inilah ayat yang muncul di kotak tulisan Facebook. Di kotak ini juga saya berkongsi segala apa yang saya renung dan kaji.

Ini adalah himpunan tulisan yang bercampur-campur tentang Al-Quran, hadith dan sirah. Himpunan tulisan yang berselirat tema dan topiknya ini menggambarkan kepala otak saya yang sentiasa melayan apa jua yang terlintas untuk memenuhi curiousity hati.

Buku yang tidak berapa kecil bagi saya ini, adalah koleksi kajian yang serius tentang apa jua perkara yang saya mahu kaji dan tulis. Ia bukanlah sesuatu yang benar dan tepat, ia hanyalah satu perspektif daripada seorang lelaki yang menghampiri matang usia.

Cantuman cebisan fikiran yang dilontar mencetuskan sambungan otak sehingga dapat menyambung perca- perca ingatan dan fakta yang kekal di dalam minda.

Buku ini ibarat sebuah hidangan gerai nasi campur di pinggir jalan yang menghidangkan pelbagai rasa, rupa, bentuk dan warna. Boleh dipilih untuk meratah lauknya sahaja atau digaul bersama nasi putih yang panas.

‘Ia bukan tentang siapa yang pertama dan kedua, tetapi tentang siapa yang hadir dan memilih untuk bersama.’

Tulisan ini tidak dipecahkan mengikut tema tertentu walaupun alunan nota-notanya disusun mengikut aliran perkembangan diri dari perspektif penulis yang masih bertatih merungkai makna kehidupan hakiki.

Saifuddin Yusof
31 Mac 2020 Kuala Lumpur

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nota Serius Hadith & Sirah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Billing details

Additional information

Your order

Product
Quantity
Total
Cart Subtotal RM0.00
Order Total RM0.00
  • Pay with Billplz.

Your personal data will be used to process your order, support your experience throughout this website, and for other purposes described in our privacy policy.