Orang Lambat Selalu Rugi

Di musim PKP ini apabila ada sahaja idea dan kita nampak bagaimana idea itu boleh dilaksanakan sehingga membuahkan hasil. Buat sahaja. Jangan fikir apa orang kata. Jangan tunggu orang buat dulu. Asalkan kita tidak rembat hasil orang lain.

Kita selalu dimomokkan dengan peribahasa ‘orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang’.

Persoalannya kita bukan anjing. Anjing itu tidak ada akal a.k.a bodoh. Kita manusia. Cerdik, boleh fikir. Boleh beza antara tulang sebenar dan bayang-bayang tulang.

Untuk mencari rezeki, pepatah itu kena tukar, supaya cara fikir kita bertukar. Bukan lagi ‘orang tamak selalu rugi’, yang sebetulnya ialah ‘orang lambat selalu rugi’.

Baca sirah Perang Khaibar. Mengapa tentera Nabi Muhammad Sollahu ‘Alayhi wa Sallam berjaya dan mendapatkan hasil rampasan harta yang banyak?

Antara kunci kejayaan baginda ialah ‘speed’ iaitu kepantasan bergerak sehingga musuh terpinga-pinga melihat tentera Islam sudah masuk ke kawasan mereka di waktu subuh.

Orang lambat selalu rugi, kita bukannya sedang memandu kereta. #lambatkenatinggal

Saifuddin Yusof
Maju terus maju seperti air dari atas gunung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *