Makan Gaji Buta

Mana-mana sektor kerajaan sekali pun memang ada kakitangan yang makan gaji buta. Tidak kira guru, doktor, polis, bomba, kerani, pegawai tadbir, menteri dan sebagainya.

Macam mana makan gaji buta itu? Gaji mahu, kerja tidak mahu buat. Tetapi peratusnya tidaklah majoriti. Ia tetap wujud. Orang makan gaji buta ini mereka sudah tahu taktiknya. Apabila diberi kerja mereka buat lebih kurang sahaja sehingga tidak capai KPI. Maka ketua jabatan terpaksa bagi kerja itu kepada orang lain. Maka dia dapat goyang kaki. Di sekolah pun selalu berlaku.

Maka jabatan itu, sekolah itu, hospital itu terpaksalah mendokong biawak hidup yang berak merata-rata. Ibarat peti ais rosak. Mahu diangkat buang teramat berat. Untuk diguna langsung tidak boleh. Buka pintu sikit sahaja busuk menyakitkan hidung. Akhir sekali diletak di tepi dinding sahaja untuk menutup dinding yang berlubang. Hanya itu kerjanya.

Masih ingat lagi dulu ada kes yang dikantoikan oleh Jabatan Audit Negara tentang seorang staf di sebuah negeri yang tidak datang kerja selama 2 tahun tetapi mendapat gaji free sahaja sepanjang tempoh itu.

Sebagai orang yang makan gaji. Kita nilai sendiri kerja yang kita buat dengan jumlah gaji yang kita terima. Kita sendiri nilai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *