Kita Hadap Sahaja!

Sejak di bangku sekolah lagi, saya berpegang bahawa apa yang berlaku kepada kita, kita hadap sahaja walaupun ia asalnya bukan salah kita. Tetapi hal itu berlaku kepada kita juga. Jadi kita anggap sahaja Allah mahu uji sabar, emosi dan iman kita untuk lihat sejauh mana tahap sabar, emosi dan iman kita.

Dulu Cikgu Solah pernah denda saya akibat saya datang lewat. Kena berjemur di tengah panas di waktu pagi. Walhal yang lewat adalah bas yang saya naiki selalu setiap pagi. Tetapi itulah kehidupan walaupun bukan salah kita pun. Kita hadap sahajalah. Ketika itu Allah mahu uji kita. Bertahan sahaja. Simpel.

Anggaplah seperti guru matematik kita dulu buat ujian mengejut. Jadi kita yang tidak tahu apa-apa itu hadaplah seorang diri.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” – Surah At-Taghabun ayat 11

Saifuddin Yusof
Hidup biarlah berbaloi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *