Filem Survival Family (Jepun)

Filem ini boleh membantu kita dan keluarga bagaimana suasana dan situasi sebenar seandainya elektirik dan bateri juga tidak dapat digunakan. Bagaimana mahu melalui suasana kehidupan tanpa teknologi moden.

Selepas menonton filem ini, barulah kita kepentingan survival skill untuk kita dan keluarga kita belajar. Mereka fikir bandar mereka sahaja yang dilanda situasi demikian. Jadi mereka merancang untuk berpindah ke bandar lain. Isunya, adakah bandar lain berada dalam keadaan normal sebagai mana biasa?

Bagaimana mereka mencipta New Normal dalam kehidupan mereka sekeluarga. Daripada orang yang tidak pernah minum air sungai, boleh minum air sungai bahkan minum air suling bateri. Belajar makan apa yang ada.

Belajar tidak mandi berminggu-minggu, tidak gosok gigi dalam tempoh yang lama dan sebagainya. Belajar untuk mengekalkan survival sendiri. Di sinilah nilai letak bagaimana dalam keadaan terdesak, makanan dan minuman lebih bernilai daripada wang dan harta. Bahkan ada orang kaya mahu menukarkan makanan dengan jam Rolex dan kereta Maserati pun tidak diendah oleh penjual beras.

Saifuddin Yusof
Pernah mencuba tidak gosok gigi seminggu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *