Filem Pihu (Hindi)

Filem ini sangat ringkas. Wajah pelakon hanya 2 orang sahaja terlihat. Tetapi ia berdasarkan kisah benar-benar terjadi. Kisah pasangan suami isteri yang bergaduh di waktu malam dan suami keluar rumah merajuk sambil memenuhi jemputan mesyuarat yang jauh perjalanan di Calcutta.

Rupa-rupanya si isteri telah membunuh diri dengan menelan pil tidur. Si anak kecil ini tersedar di waktu pagi dalam keadaan ayah yang tidak ada, ibunya pula sudah terkujur di atas katil. Lebih dramatik, si ayah terlupa menutup suis saterika yang beliau gunakan di awal pagi.

Dalam keadaan anak kecil yang terpinga-pinga seorang diri menyangka ibunya masih tidur. Bermula dari pagi membawa ke waktu malam. Beberapa babak mendebarkan berlaku sehingga membuatkan kita terkejut.

Banyak pengajaran dapat diambil dari sudut hubungan suami isteri, keselamatan dalam rumah dan latihan berdikari anak-anak seandainya berlaku kecemasan.

Hebat pembikin filem ini menyusun sinematografi yang nampak seperti benar-benar berlaku. Adegan anak kecil tidur, terjatuh dan lain-lain membuat kita terfikir bagaimana ia boleh dirakam sebegitu.

Boleh ditonton bersama anak-anak, tidak ada langsung adegan dewasa walaupun ringan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *