
Big Why Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam ialah matlamat dan tujuan baginda diutuskan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Terdapat ayat-ayat yang spesifik tentang tujuan dan matlamat Rasulullah diutuskan oleh Allah.
Secara jujurnya, saya tidak berapa suka menggunakan istilah Big Why apabila merujuk kepada Rasulullah. Istilah ini dicipta atau datang daripada bukan Islam. Mereka tidak menjunjung risalah yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad.Penggunaan istilah ini digunakan memandangkan ia mudah difahami oleh masyarakat sekarang di samping ia akan menarik perhatian untuk membaca buku kecil ini.
Big Why ini datang daripada satu kepercayaan dalam diri. Kepercayaan terhadap satu perkara yang menggambarkan apa yang kita sedang lakukan sekarang dengan bersungguh- sungguh.
Ia tentang apa yang kita cakap dan berkongsi setiap hari kepada orang lain. Ia tentang perbuatan yang kita sedang lakukan untuk merealisasikan apa yang kita percaya dalam diri bahawa ia adalah satu kebaikan untuk diri kita dan semua orang.Ia datang daripada ‘belief system’ yang wujud dalam diri. Di saat Nabi Muhammad bersendirian dalam Gua Hira’. Baginda mahukan jawapan tentang apa yang baginda percaya pada ketika itu.
Tidak ditemui data hadith yang menceritakan, apakah tujuan sebenar Nabi Muhammad bersendirian di dalam Gua Hira’ selama dua tahun. Apa sebenarnya yang baginda mahu daripada tindakan beliau itu? Apa yang baginda cari sebenarnya?
Kita boleh andaikan berdasarkan ayat pertama yang turun kepada baginda. Kita boleh membuat andaian bahawa, ayat pertama yang turun iaitu Surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 itu adalah apa yang Nabi Muhammad mahu selama 2 tahun baginda berada di dalam gua.
Seandainya bukan itu jawapannya, ada kemungkinan Nabi Muhammad tidak mahu percayakannya memandangkan kandungan ayat itu bukanlah jawapan kepada persoalan yang selalu bermain di fikiran baginda. Ini adalah andaian semata- mata. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Review Pembaca
!["Apple tidak berkubur walaupun Steve Jobs meninggal dunia."
"Islam tidak pernah terkubur walaupun Rasulullah sendiri telah wafat." [Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof] .
Padat dan padu apa Big Why dan Goal Setting Rasulullah (bacalah selawat) nukilan sahabat yang baik Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof.
Pergilah ke wall beliau untuk dapatkan ebook ini. Saya rekomen. . #survivalbisnes #bacalah](https://saifuddinyusof.com/wp-content/uploads/2020/04/WhatsApp-Image-2020-04-17-at-6.16.41-PM.jpeg)




Dapatkan Sekarang!
Produk Terkini
-
Big Why & Goal Setting RasulullahRM20.00
-
Nota Serius Hadith & SirahRM30.00